Survival of the fittest...fast action,fast results...kenal potensi diri, insya'allah kenal kehebatan sendiri....

Saturday 18 May 2013

We are indeed on the top of the world...

.......when we know who we are and where to go....

Salam Bloggers,  Hello there....

to reach your potential, you must start with a dream. From dreams, do your best to make it a reality.....to make it reality, understand yourself......learn,re-learn and unlearn....

in the mean time, chill out a little, do enjoy the Carpenters 'On the top of the world'


under construction

Ingin Bertanya? Hubungi...

saya bukanlah pakar dalam bidang ini, tetapi saya boleh aturkan bantuan untuk ujian mengenalpasti potensi diri , samada diri sendiri atau orang tersayang. Untuk sahabat di kawasan johor bahru dan sekitarnya, boleh hubungi saya di:

nisrinmanz@gmail.com


Wednesday 8 May 2013

survival of the fittest.......

PRU13 menyedarkan saya banyak perkara.........kata kunci yang ingin saya kongsikan hari ini ialah SURVIVAL = kelangsungan hidup....apa perkara yang saya belajar drp PRU 13:-

1. Change is Imminent = Perubahan Pasti Datang, kita tidak mampu mengubahnya
2. Change comes in basket = Perubahan datang bersama lain-lain perkara, kita harus tahu menghadapinya
3. Learn, re-learn, unlearn ...belajar, belajar semulagantikan apa yang telah dipelajari terdahulu dgn maklumat yang baru dipelajari.... (Kursus Kepimpinan Pengurusan, Tanjung Leman, 2012)

apa cara kita untuk hadapi perubahan?
  menentangnya?!?!
  membiarkanya??
atau memahaminya dan cari jalan untuk menghadapi perubahan ??

saya lebih cenderung untuk kita  belajar, belajar semula dan tukar budaya lama kepada budaya baru hasil maklumat belajar semula....learn, re-learn, unlearn...

Di mana mahu bermula? Kenali  potensi diri sendiri , bantu diri sendiri insya allah PASTI boleh bantu orang lain...

apa caranya?
1. praktiskan ajaran agama yg pokok,  rukun Islam dan rukun Iman, terutamanya SOLAT 5 waktu...belajar cara yg betul, tertib...insya allah doa kita Allah dengari dengan mudah...caranya saya sudah share pada posting terdahulu.....

2. cari kaedah identifying yourself...cth Myer-Briggs personality test, dsb atau melalui dermatoglyphics - cap jari kerana dna tidak berubah sejak awal bismillah kejadian manusia.......

jika kita berjaya kenali potensi diri..maka..... SURVIVAL diri, keluarga, agama dan bangsa serta KEKAYAAN diri dpt saudara jelmakan.... bila mahu bermula?!?!?

SEKARANG...fast action fast result....






terima kasih blogfyna : http://blogfyna.com/tangga-kejayaan-anda-di-tangga-yang-mana/






Tuesday 30 April 2013

Proses Persampelan dan analisa Imbasan Cap Jari




INFO: Proses persampelan cap jari
  • Sampel cap jari peserta diambil (sepuluh jari satu persatu)
  • Sistem komputer mengumpulkan dan menganalisa data cap jari
  • Perisian khas akan menganalisa data cap jari berdasarkan ilmu Neuroscience dan Dermatoglifik
  • Fungsi kerja otak dipetakan

  • Laporan Hasil Analisa Potensi Bakat dan proses rundingan. ---  


    Perisian Khas menganalisa imbasan cap jari 
    Perisian khas analisis imbasan cap jari akan memproses dan menilai lapan subjek atau perkara menerusi data yang diperoleh :
    1. Ujian otak kanan otak kiri; 
    2. Ujian potensi kompetensi multiple intelligence;
    3. Ujian pengambilan/penempatan pekerja
    4. Ujian gaya belajar
    5. Ujian kepekaan belajar
    6. ujian keperibadian
    7. Alternatif kerjaya
    8. Cadangan gaya kerja.

    Laporan analisis oleh penganalisis yang siap akan dicetak dan dibukukan dalam Buku Bakat.

    Menerusi laporan analisis ini penganalisis akan berbincang dengan pelanggan mengenai maksud, interpretasi dan cadangan-cadangan untuk dijadikan panduan dalam merancang kejayaan dan masa depan pelanggan di mana proses ini hanya mengambil masa kurang dari 30 minit.

    Laporan analisis ini juga membolehkan penganalisa mengesan Kecerdasan secara majmuk (multiple intelligence) supaya pelanggan lebih fokus dan terarah pada bidang tugas yang paling sesuai dengan potensi dan bakatnya.

    Sumber Petikan : Rahsia cap jari. (Khamis, Julai 29, 2010). Berita Harian Online.

    Tuesday 16 April 2013

    Rahsia cap jari Oleh Suzan Ahmad [suzan@bharian.com.my]

    Rahsia cap jari
    Oleh Suzan Ahmad
    suzan@bharian.com.my
    2010/06/20

    pix_gal0
      
    Foto
    • Hanizah (kanan) dibantu pekerjanya menganalisis cap jari pelanggan.
    • Foto
    Bentuk pola mampu dedahkan personaliti, potensi individu

    CAP jari selama ini hanya digunakan sebagai asas pengenalan diri, sistem keselamatan sama ada untuk keperluan forensik ataupun mengenalpasti identiti penjenayah.
    Namun tidak ramai yang ketahui cap jari itu mampu mendedahkan rahsia sebenar diri individu termasuk personaliti dan potensi dirinya. Ini hasil teknologi analisis imbasan cap jari yang boleh menyerlahkan bakat semula jadi insani hasil bawaan genetik. Malah cap jari itu disifatkan pakar umpama berlian yang hanya menanti masa untuk dicanai bagi merungkai rahsia diri seseorang.
    Jika bakat adalah kemampuan diwarisi dalam diri seseorang yang dibawa sejak lahir dan berkaitan struktur otak, analisis cap jari adalah sistem mengenali potensi genetik seseorang berdasarkan sains dermatoglifik - ilmu yang mempelajari pola cap jari termasuk hujung luar derma kulit jari, telapak tangan dan tapak kaki yang sudah wujud selama lebih 200 tahun dalam sejarahnya.

    Kebarangkalian memiliki cap jari sama pula disifatkan amat mustahil iaitu pada nisbah 1 setiap 64 juta atau hampir mustahil walaupun pada anak kembar. Ini kerana ia mula terbentuk sejak embrio berusia 13 minggu dalam kandungan ibu, lengkap pada usia 24 minggu dan terus berkembang seiring perkembangan sel otak.

    Dermatoglifik pula adalah tiga pola dasar rupa bentuk cap jari iaitu arches atau lengkungan, simpulan (loops) dan lingkaran (whorls) atau gabungan ketiga-tiganya. Analisis cap jari ini menjadi antara khidmat yang disediakan syarikat perundingan, Airborne Discovery Sdn Bhd yang berpejabat di Shah Alam, Selangor.
    Pengurusnya, Hanizah Ujang, berkata cap jari adalah bahagian tubuh yang bersifat kekal dan tidak pernah berubah.
    “Cap jari adalah unik dan tersendiri bagi setiap individu dan mampu menggambarkan watak terperinci setiap orang. Memandangkan pertumbuhan cap jari bermula bagi embrio berusia 13 minggu dan perkembangannya pula seiring pertumbuhan otak. Pembentukan pola garis cap jari menggambarkan cara kerja dan fungsi bahagian otak,” katanya.

    Namun, tegas Hanizah, tujuan dan manfaat analisis cap jari adalah untuk mengetahui potensi bakat, kecerdasan, watak dan motivasi individu dan tiada kena mengena dengan perbuatan meramal masa depan seperti menilik nasib berasaskan tapak tangan (Palmistry) dan sebagainya.

    “Kaedah ini boleh dijadikan sumber rujukan berdasarkan potensi genetik untuk menentukan kejayaan masa depan, bukan untuk mengetahui masa depan. Memandangkan analisa dibuat melalui teori dan metodologi ilmiah dan proses perhitungan logik maka laporan adalah tepat berdasarkan data statistik dan biometrik.

    “Masyarakat kini tidak lagi meletakkan kepentingan akademik sebagai kayu pengukur kejayaan dalam hidup secara seratus peratus, potensi bakat juga dilihat dan dinilai dalam diri seseorang kerana sebagai manusia kita dilahirkan unik. Ada kalanya kelebihan orang lain adalah kekurangan pada kita dan di situlah cabaran untuk kita memperbaiki diri,” katanya.

    Bagi anak ‘auditory’ (gemar belajar dengan iringan suara, muzik dan bahasa) misalnya perlukan pendekatan berbeza berbanding anak kinestetik (menyukai pembelajaran dengan gerakan, pancaindera dan praktikal) dan visual (menyukai pembelajaran dengan gambar, grafik, foto dan tampilan). Begitu juga kedudukan mereka dalam kelas dan cara untuk berkomunikasi dengannya atau kalangan majikan, pekerja, pelajar, ibu, bapa dan individu lain.

    Menurut Hanizah, teknologi analisis cap jari mula dipelopori lebih 25 tahun lalu di Amerika Syarikat (AS) terutama bahagian forensik Agensi Perisikan Pusat (CIA). Hanya selepas dua tahun kaedah ini tersebar di Singapura dan Indonesia barulah ia sampai ke sini.

    Katanya, sejak mula beroperasi lebih dua tahun lalu, syarikat Airborne Discovery sudah mempunyai 5,000 pangkalan data sampel cap jari. Kaedah ini bukan saja banyak memberi manfaat kepada ibu bapa dan anak-anak sebagai panduan memilih jurusan yang sesuai berdasarkan potensi diri, mengesan gaya pembelajaran yang sesuai dan efektif malah berupaya merancang masa depan dan kerjaya yang sesuai dengan bakat.

    “Kaedah analisis ini besar manfaatnya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara terutama kalangan perunding motivasi dalam membina sahsiah diri, majikan, ketua jabatan, guru-guru khidmat bimbingan dan kaunseling, penghuni pusat pemulihan akhlak serta pesalah juvana, golongan berkerjaya malah pasangan yang bakal melangkah ke alam perkahwinan.”

    Bagi menjaga sensitiviti pelanggan yang majoriti beragama Islam, kaedah ini mempunyai panel syariah sendiri iaitu Penasihat dakwah untuk Kerajaan Negeri Selangor, Dr Azahar Yaakob yang juga Pensyarah Pengajian Islam UTM dan diiktiraf Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

    “Kami juga menitikberatkan soal keselamatan data yang tersimpan dalam pangkalan datanya. Menjadi amalan penganalisis untuk memusnahkan imej sampel cap jari mengikut tempoh yang sudah ditetapkan iaitu satu hingga tiga bulan,” katanya

    8 perkara asas analisis cap jari

    “Sejak kecil hingga berkahwin dan beranak pinak, satu soalan yang masih sukar untuk dijawab hingga kini ialah adakah salasilah dalam keluarga yang berkahwin dengan orang asing? Adakah saya berdarah campur?” kata Zenora Ibrahim, 35, salah seorang pelanggan Airborne Discovery Sdn Bhd.
    Pelbagai soalan timbul kerana pertama mungkin rupa paras, nama selain perwatakannya yang ceria, mesra dan mudah untuk didekati.

    “Hidup tanpa kepastian memang cukup menyeksakan, dan maklumat mengenai salasilah keluarga menjadi semakin sukar kerana perpisahan dan juga kematian, jadi saya hilang punca dan tiada sumber untuk merujuk hal berkaitan keturunan dan darah,” kata Eksekutif Perhubungan Awam di sebuah firma swasta di ibu negara.

    Mengetahui mengenai kaedah yang diperkenalkan AD selepas terlihat pameran mereka di sebuah pusat membeli belah. Selepas membuat temujanji semua persoalan semakin jelas.

    “Analisis itu ternyata satu kejutan buat saya, berdasarkan rupa bentuk atau pola cap jari jenis lengkungan (arches), saya memang sah berdarah kacukan. Apapun, salasilah keturunan dan bangsa masih lagi satu misteri namun apa yang pasti arwah moyang saya adalah seorang guru taranum begitu juga ibu yang berbakat mengaji dengan baik manakala ayah yang berkebolehan bermain muzik.”

    Hasil analisis itu juga menjelaskan ibu kepada tiga orang anak ini punya kecenderungan yang besar terhadap muzik. Laporan itu turut mendedahkan tabiat Zenora sewaktu menuntut yang tidak boleh belajar tanpa mendengar muzik. Ternyata Zenora jatuh dalam kategori pelajar auditory iaitu lebih menyukai pembelajaran dengan suara, muzik dan bahasa.

    Laporan itu turut menggambarkan bahawa otak kanan Zenora yang mewakili kreativiti, warna, seni, visual, intuisi, idea, khayalan, muzik, bentuk dan ruang lebih dominan berbanding otak kiri, yang begitu cenderung terhadap sesuatu yang artistik.

    Apa yang sebenarnya berlaku adalah, perisian khas analisis imbasan cap jari akan memproses dan menilai lapan subjek atau perkara menerusi data yang diperoleh iaitu Ujian otak kanan otak kiri; Ujian potensi kompetensi multiple intelligence; Ujian pengambilan/penempatan pekerja; Ujian gaya belajar; Ujian kepekaan belajar; ujian keperibadian; Alternatif kerjaya dan Cadangan gaya kerja.

    Laporan analisis oleh penganalisis yang siap akan dicetak dan dibukukan dalam Buku Bakat. Menerusi laporan analisis ini penganalisis akan berbincang dengan pelanggan mengenai maksud, interpretasi dan cadangan-cadangan untuk dijadikan panduan dalam merancang kejayaan dan masa depan pelanggan di mana proses ini hanya mengambil masa kurang dari 30 minit.

    Laporan analisis ini juga membolehkan penganalisa mengesan Kecerdasan secara majmuk (multiple intelligence) supaya pelanggan lebih fokus dan terarah pada bidang tugas yang paling sesuai dengan potensi dan bakatnya.

    INFO: Proses cap jari

  • Sampel cap jari peserta diambil (sepuluh jari satu persatu)
  • Sistem komputer mengumpulkan dan menganalisa data cap jari
  • Perisian khas akan menganalisa data cap jari berdasarkan ilmu Neuroscience dan Dermatoglifik
  • Fungsi kerja otak dipetakan
  • Laporan Hasil Analisa Potensi Bakat dan proses rundingan.

  • Monday 15 April 2013

    Jadikan Anak Kita Sebagai Pencipta Peluang

    Perkongsian daripada sahabat
    Sayyed Nawaz shared Shamsuddin Kadir's status update.
    Bismillah. Bagi menjadikan anak-anak kita sebagai orang yang berani bergantung kepada Tuhan dan juga berdikari, kita tidak boleh bergantung kepada kilang pendidikan yang ada di Malaysia ketika ini, kerana ianya sudah terbukti hanya melahirkan graduan-graduan yang majoritinya akan merebut peluang-peluang pekerjaan, di mana mereka sentiasa hidup di dalam persaingan dengan orang lain bagi mendapatkan pekerjaan.

    Kilang pendidikan di Malaysia iaitu bermula dari usia tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti berjaya melahirkan banyak graduan yang pandai menjadi pekerja.

    Ekonomi hanya dapat dikuasai apabila semakin ramai anak-anak kita yang bergelar ahli perniagaan yang menguasai pelbagai jenis perniagaan, yang menguasai sektor bisnes di daerah yang kita tinggal. Ini yang mampu mengubah landskap orang Melayu. Sekiranya masih menggunakan sistem penddikan yang sama, semakin hari, kedai-kedai yang berada di luar sana terus dimiliki oleh orang lain, di mana kita dan anak cucu cicit kita kekal sebagai pelanggan.

    Selagi mana tiada orang bisnes yang dapat menyediakan sistem pendidikan yang menghasilkan anak-anak yang berani, berdikari dan bebas berfikir asalkan halal, selagi itu menjadi tanggungjawab kita secara sendiri untuk menghasilkan sistem pendidikan yang menjadikan anak kita sebagai pencipta peluang perniagaan dan bukannya menjadi orang yang merebut peluang pekerjaan.

    Hidup ini ada Pilihan, pilihlah menjadi orang yang tahu dan bijaksana......


    Kenali potensi, insya'allah kita lebih yakin diri.....alhamdulilah....

    Kenali Potensi Diri dan Kejayaan Masa Hadapan


    Kenali DNA mu





    "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)


    KENAL POTENSI DIRI ANDA,  MAKA PASTI ALLAH MENGUBAH TAKDIR MU

    fingerprint - cap jari anda mungkin boleh membantu....