Survival of the fittest...fast action,fast results...kenal potensi diri, insya'allah kenal kehebatan sendiri....

Monday 15 April 2013

Jadikan Anak Kita Sebagai Pencipta Peluang

Perkongsian daripada sahabat
Sayyed Nawaz shared Shamsuddin Kadir's status update.
Bismillah. Bagi menjadikan anak-anak kita sebagai orang yang berani bergantung kepada Tuhan dan juga berdikari, kita tidak boleh bergantung kepada kilang pendidikan yang ada di Malaysia ketika ini, kerana ianya sudah terbukti hanya melahirkan graduan-graduan yang majoritinya akan merebut peluang-peluang pekerjaan, di mana mereka sentiasa hidup di dalam persaingan dengan orang lain bagi mendapatkan pekerjaan.

Kilang pendidikan di Malaysia iaitu bermula dari usia tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti berjaya melahirkan banyak graduan yang pandai menjadi pekerja.

Ekonomi hanya dapat dikuasai apabila semakin ramai anak-anak kita yang bergelar ahli perniagaan yang menguasai pelbagai jenis perniagaan, yang menguasai sektor bisnes di daerah yang kita tinggal. Ini yang mampu mengubah landskap orang Melayu. Sekiranya masih menggunakan sistem penddikan yang sama, semakin hari, kedai-kedai yang berada di luar sana terus dimiliki oleh orang lain, di mana kita dan anak cucu cicit kita kekal sebagai pelanggan.

Selagi mana tiada orang bisnes yang dapat menyediakan sistem pendidikan yang menghasilkan anak-anak yang berani, berdikari dan bebas berfikir asalkan halal, selagi itu menjadi tanggungjawab kita secara sendiri untuk menghasilkan sistem pendidikan yang menjadikan anak kita sebagai pencipta peluang perniagaan dan bukannya menjadi orang yang merebut peluang pekerjaan.

Hidup ini ada Pilihan, pilihlah menjadi orang yang tahu dan bijaksana......


Kenali potensi, insya'allah kita lebih yakin diri.....alhamdulilah....

No comments:

Post a Comment