Survival of the fittest...fast action,fast results...kenal potensi diri, insya'allah kenal kehebatan sendiri....

Tuesday 30 April 2013

Proses Persampelan dan analisa Imbasan Cap Jari




INFO: Proses persampelan cap jari
  • Sampel cap jari peserta diambil (sepuluh jari satu persatu)
  • Sistem komputer mengumpulkan dan menganalisa data cap jari
  • Perisian khas akan menganalisa data cap jari berdasarkan ilmu Neuroscience dan Dermatoglifik
  • Fungsi kerja otak dipetakan

  • Laporan Hasil Analisa Potensi Bakat dan proses rundingan. ---  


    Perisian Khas menganalisa imbasan cap jari 
    Perisian khas analisis imbasan cap jari akan memproses dan menilai lapan subjek atau perkara menerusi data yang diperoleh :
    1. Ujian otak kanan otak kiri; 
    2. Ujian potensi kompetensi multiple intelligence;
    3. Ujian pengambilan/penempatan pekerja
    4. Ujian gaya belajar
    5. Ujian kepekaan belajar
    6. ujian keperibadian
    7. Alternatif kerjaya
    8. Cadangan gaya kerja.

    Laporan analisis oleh penganalisis yang siap akan dicetak dan dibukukan dalam Buku Bakat.

    Menerusi laporan analisis ini penganalisis akan berbincang dengan pelanggan mengenai maksud, interpretasi dan cadangan-cadangan untuk dijadikan panduan dalam merancang kejayaan dan masa depan pelanggan di mana proses ini hanya mengambil masa kurang dari 30 minit.

    Laporan analisis ini juga membolehkan penganalisa mengesan Kecerdasan secara majmuk (multiple intelligence) supaya pelanggan lebih fokus dan terarah pada bidang tugas yang paling sesuai dengan potensi dan bakatnya.

    Sumber Petikan : Rahsia cap jari. (Khamis, Julai 29, 2010). Berita Harian Online.

    No comments:

    Post a Comment